JOM JADI AHLI

Koperasi mengalukan semua warga STTJ menjadi ahli Koperasi...bersama menjana keuntungan....

Tuesday, January 17, 2012

KIOSK...koperasi sekolah teknik tuanku jaafar

Assalamualaikum w.wb.

Tirai 2012 di buka buat pertama kalinya dengan sejuta harapan tinggi menggunung. Dengan wajah lebih ceria Koop STTJ mula beroperasi sehari sebelum cuti sekolah berakhir.Buat pertama kalinya koperasi dibuka pada waktu cuti.Tahniah dan syabas kepada kepimpinan koperasi yang baru. Semuga anda terus gagah menjulang nama STTJ di persada dunia.

Dana yang diterima bagi menaiktaraf koop telah membuka ruang perniagaan yang lebih luas. Koperasi dibawah sentuhan bonda sangat prihatin terhadap kebajikan pelajar.Terima kasih kepada pengurus jualan Pn Ruzimah atas inisiatif membuka Kiosk bagi kemudahan pelajar asrama. Semuga dengan pembukaan kiosk ini akan mengurangkan gejala pelajar "fly" sebab kelaparan. Menu-menu yang disediakan diharap dapat menyajikan makanan sihat dan selamat.

Kepada setiausaha baru diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam membangunkan potensi pelajar dan juga memberikan peluang peningkatan professionalisma kepada ahli yang melabur.Warga STTJ sentiasa menyokong semua aktiviti yang dijalankan dan ambil peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak ANGKASA.

Friday, April 1, 2011

KOPERASI STTJ SBN BHD

Kejayaan Koperasi

  • Koperasi Lima Bintang 2006

  • KOPERATOR Guru Koperasi Sekolah Neeri Sembilan 2007

  • Anugerah khas Koperasi Negeri Sembilan 2007

  • Johan Petanque Negeri 2008

  • Johan pertandingan Esei Sempena Hari Koperasi 2009